Friday, June 3, 2016

Throwback! Program Jati Diri Bersama YM Dr Raja Shamri bin Raja Husin


     Selamat Sejahtera buat semua...

Hai! Salam sayang buat semua....Hari ini saya nak berkongsi program yang telah saya dan rakan2 telah laksanakan demi anak2 didik yang disayangi. Alhamdulillah berkat komitmen, kesungguhan dan kesabaran dari semua...program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tiada kejayaan yang dapat dicapai tanpa ada cabaran dan dugaan. Segala yang merosakkan telahku buang agar ia tidak menjadi penghalang untuk membuat kebaikan.

Semoga segala usaha yang telah dilakukan ini mampu memberi impak yang besar kepada semua pelajar terutama kepada anak2 didik yang akan menduduki Peperiksaan PT3, SPM dan juga STPM pada tahun ini. Diharapkan agar semangat juang, semangat kental, kesungguhan dan ketabahan Abang Raja menjadi pemangkin untuk kejayaan kalian.
Bagi yang belum mengenali siapakah dia Abang Raja ini...jom layari website beliau di http://www.rajashamri.com/?page_id=48..Beliau cukup sinonim dengan kata2 keramat ini
" Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa "















Beliau membuka kaki palsu untuk menampal plaster krn luka akibat byk berjln

Apakah kita mampu sekuat beliau?


         
Terima kasih daun keladi πŸ˜‰











Kenangan dari kami buat Abang Raja


Post istimewa bersama Abang Raja hiksss!


Okay...sekian dulu perkongsian untuk hari ini...
#Salam Jumaat As-Syariiff

Thursday, June 2, 2016

School Holidays


     Selamat Sejahtera buat semua...

Selamat bercuti, buat semua para pelajar! Tak lupa juga buat guru2nya...tp guru2 benar2 ke dapat bercuti???



Byk lg ni...

Tengoklah, waktu cuti2pun sebagai guru kerja tetap ada dan perlu disiapkan. Siap ada due date lg dan perlu isi markah secara online. Jadi sibuk la jugak kn...So siapa cakap kerja cg semudah abc...you better sit in our shoes. Than you knew about our occupation. Apapun masih ada masa untuk keluarga. Jalan2 jugak la...😍

#SELAMAT BERCUTI!
#SELAMAT MENYAMBUT AWAL RAMADHAN 6.6.2016!

Friday, May 27, 2016

Checklist Amalan-amalan Sunat Jumaat As-Syarif


Selamat Sejahtera buat semua...

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari bagi umat Islam. Sewajarnya kita perlu mengimarahkan hari ini dengan pelbagai amalan yang disarankan oleh Islam agar kita dapat meningkatkan lagi keimanan terhadap Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, maksudnya:

" Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah SWT iaitu hari yang lebih besar daripada Hari Raya Aidil Adha dan Hari Raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang ijadikan Adam 'Alaihissalam dan Baginda diturunkan daripada Syurga ke muka bumi dan pada hari itu juga wafatnya Adam 'Alaihissalam dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat. "


🌷 Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW

🌷 Membaca Surah Al-Kahfi

🌷 Mandi sunat hari Jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat Jumaat

🌷 Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari Jumaat

🌷 Memperbanyakkan membaca Al-Quran

🌷 Memperbanyakkan amalan bersedekah

🌷 Memperbanyakkan amalan sunat

🌷 Memotong kuku

🌷 Memperbanyakkan zikrullah

🌷 Memakai pakaian sunnah

🌷 Memakai wangi-wangian

🌷 Hadir awal ke masjid







Jom! Kita sama-sama meningkatkan tabung amalan kita agar ianya menjadi saham yang besar untuk melayakkan kita memasuki seterusnya menghuni Syurga Allah SWT.

#sharingiscaring πŸ˜ŠπŸ˜πŸ˜‰