Saturday, March 19, 2011

BASMALAH



Hari ni, aku nak kongsikan fadhilat atau kelebihan lafaz 'Basmalah' (Bismillahirrahmanirrahim)....

Sebelum tu, aku ingin kongsikan sebuah kisah yang pernah diceritakan oleh Almarhum Ayahandaku tentang seorang isteri yang selalu menyebut lafaz Basmalah setiap kali memulakan pekerjaannya. Suaminya ni pula bosan semacam je, bila mendengar isterinya tu sentiasa menyebut lafaz tersebut. Dipendekkan cerita, pada suatu hari dek kerana bosan, menyampah dan geram dengan perkataan yang selalu disebut oleh isterinya itu, terlintaslah satu agenda jahat di dalam hatinya iaitu untuk membunuh isterinya. Dia mencari seberapa banyak ular berbisa kemudian diisi di dalam guni. Balik ke rumahnya, dia pun memanggil isterinya tersebut dan menyerahkanlah guni yang berisi ular tadi kepada isterinya itu. Katanya: "Ini amanah dariku, tolong kamu jaga dan simpan ia dengan baik. Aku akan berangkat menguruskan pekerjaanku barang seminggu". Isterinyapun menerima guni tersebut daripada suaminya kemudian menyimpannya di dalam sebuah almari, ketika menyimpannya si isteri menyebut: " Bismillahirrahmanirrahim... ". Alamak! Bengang lagi si suami ni. Kemudian si suami ni meninggalkanlah isterinya dengan harapan apabila dia pulang nanti isterinya sudah meninggal dunia kerana membuka guni yang berisi ular-ular berbisa tersebut. Jadi tidaklah lagi telinganya bingit nak mendengar perkataan yang sentiasa disebut-sebut oleh isterinya itu. Malangnya dugaan si suami ni silap, apabila dia pulang didapati isterinya masih hidup dan menyambutnya dengan baik sekali. Kemudian si suami pura-pura bertanyakan tentang amanahnya itu. Isterinya memberitahu amanahnya itu dijaga dengan baik. Si suamipun meminta isterinya mengambil guni tersebut lalu disuruh membukanya. Isterinyapun mengambil dan membuka guni tersebut dengan katanya: " Bismillahirrahmanirrahim ". Apa yang berlaku??? Terbeliak biji mata suaminya apabila ular-ular tersebut sudah bertukar menjadi perhiasan emas yang berkilauan. Akhirnya si suami insaf dan bertaubat di atas perbuatannya itu dan diapun mula melafazkan Basmalah setiap kali memulakan pekerjaan. ( Kisah ini aku belum jumpa rujukannya tetapi setahu aku ada dikisahkan di dalam Kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali, tetapi binatang yang disebut ialah lipan. Apa-apapun yang penting ialah pengajaran yang nak disampaikan melalui kisah tersebut. Sesiapa yang terjumpa kisah sebenar, kongsi-kogsilah di sini)

Lafaz Basmalah mempunyai kelebihan dan keutamaannya yang tersendiri, antaranya ialah:

  • Terhindar dan terlindung dari syaitan, pencuri dan mati secara mengejut ( maksudnya kalau nak matipun seseorang itu akan tersedar terlebih dahulu) ~ Amalkanlah membacanya sebanyak 21 kali sebelum tidur.
  • Untuk melemahkan orang yang zalim ~ bacalah ia sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim dan hembuskannya perlahan-lahan.
  • Untuk menghilangkan kebebalan atau kebodohan ~ bacalah ia sebanyak 786 kali di dalam segelas air atau sesuka hatilah, kemudian tiupkan ke dalam air tersebut dan diberi minum kepada orang tersebut selama tujuh hari ketika matahari terbit, Insyaallah.
  • Sebelum melakukan perjalanan (sebelum turun berjalan) ~ bacalah ia sebanyak 41 kali dan sentuhkan lidah ke lelangit, Insyaallah dielakkan dari sebaarang musibah.
  • Allah S.W.T akan mengurniakan rezeki yang tidak terduga ~ bacalah ia sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 100 kali pada hari Ahad di saat matahari terbit dengan menghadap kiblat.
  • Untuk menyedarkan orang yang pengsan ~ bacalah ia sebanyak 41 kali pada telinganya, Insyaallah dia akan tersedar dengan serta merta.

Sabda Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadis yang bermaksud: " Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah S.W.T. "

Dan di dalam sebuah hadis lain Rasulullah S.A.W bersabda lagi, maksudnya: " Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah S.W.T memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan. "

Hebatkan, kelebihan membaca Basmalah yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita. Apa lagi yang kita tunggu amalkanlah ia selalu. Kalau nak melatahpun boleh baca Bismillah... daripada mengamalkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnyakan?

Itulah kelebihan-kelebihan Basmalah yang aku dapat paparkan pada entry ini. Semoga lafaz ini tak luput dari membasahi bibir kita tak kala memulakan sesuatu pekerjaan.





2 comments:

dean said...

dah pnh dgr cerita ni..bru smlm dgr

Al-Wardah said...

iye ke...sama jln ceritanya ya.
apapun pengajarn di sblknya kan..