Saturday, May 14, 2011

Menghina Ulama Bak Bertih Jagung

Assalamualaikum semua...Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan semoga sentiasa berada di dalam keredhaan Allah SWT.

Mungkin rakan2 dapat menangkap maksud yang tersirat di sebalik tajuk entry aku ni. Sebenarnya, sudah lama aku terpanggil untuk mencoretkan keluhan dan kekesalan hati perihal mereka yang suka menghina ulama' ni. Cukup seronok mereka yang jahil ini menghina ulama' tanpa rasa segan2. Cubalah nilai diri sendiri dahulu sebelum nak menghukum ulama' tersebut sesat atau apa2 ke. Iyup! Lidah memang tak bertulang, nak bercakap sewenang2nya saja bak bertih jagung....(bayangkan je la mcm mana bunyi bertih jagung ketika dimasak)




Kita fahamkan dahulu apa maksud ulama'. Ulama' adalah berasal dari perkataan Bahasa Arab. Mufradnya 'alim maksudnya seorang yang berpengetahuan dan ulama' adalah perkataan jamak yang menunjukkan maksudnya ramai orang yang berpengetahuan. Tetapi kebiasaan kita menggunakannya untuk merujuk kepada seorang ulama' yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan agamanya di dlm pelbagai bidang, yang kuat beribadah dan ketaqwaannya kepada Allah SWT serta keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara terjebak di dalam perkara2 yang syubhah. Ulama' juga dikenali dengan jihad, dakwah dan pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah SWT.

Aku tak nak bercerita panjang tentang ni, kalau ada sesiapa yang belum jelas lagi dgn penerangan aku ni boleh rujuk sendiri...k. Ada banyak perbincangan yang dibuat berkenaan pengertian ulama' ni.

Mutakhir ni, kedapatan mereka yang menjadikan penghinaan dan kata2 nista terhadap ulama' sebagai hobi. Walaupun latar belakang keagamaannya tipis atau boleh dikatakan 'zero' mereka sanggup melakukan perbuatan sedemikian. Di sini aku cuma nak mengingatkankan mereka, cerminlah diri sendiri terlebih dahulu elok atau tidak sebelum menuduh orang lain tu jelek. Sesungguhnya mereka yang menghina ulama', hukumnya adalah murtad dan orang murtad jika dinasihat sehingga 3 kali, masih tidak mahu bertaubat dengan taubat nasuha perlu dijatuhkan hukuman bunuh. Murtad adalah ibarat penyakit barah yang apabila tidak dibuang ia akan menjalar ke seluruh badan. Akhirnya ia akan membunuh...!! Dinisbahkan kepada masyarakat khususnya masyarakat Islam, maka ia boleh memecahbelah dan menghancurkan masyarakat Islam seluruhnya dan kita bakal melihat siapa yang untung di sini? Sudah semestinya musuh Islam yang ingin melihat kehancuran Islam. Janganlah kerana pangkat, harta dan kemewahan kita sanggup menyatakan yang batil dari yang hak. Memang berkata yang benar itu adalah pahit tetapi tetapi dgn hanya kelancangan lidah disebabkan satu perkataan yang tidak benar boleh membawa kepada kehancuran dan kemusnahan serta berlakunya fitnah. Hebat atau tak lidah ni, dgn hanya satu perkataan ia boleh membawa kpd kehancuran.

Ingatlah maksud sabda Rasulullah SAW: " Ulama' itu adalah pewaris nabi ". Jika kita tidak menghormati atau mendengar dari mereka kepada siapa lagi kita harus mendapat bimbingan? Sedangkan kenyataan ini sudah dijelaskan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. Sesudah baginda, ulama'lah yang menuntun kita semua ke jalan yang benar. Tanpa mereka masih kekalkah sinar Islam sehingga sekarang? Bersyukurlah dengan adanya para ulama', Islam dapat berkembang dan bersinar hingga ke hari ini.

Justeru janganlah kita mengetepikan ulama' dan menolak ajaran Islam sebagaimana pemerintahan Kerajaan Turki pada tahu 1924, iaitu di bawah pemerintahan Mustapha Kamal Artartuk, Bapa Sekular Turki. Akhirnya apa yang terjadi terhadap dirinya?

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama'2 Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.
Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama'2 sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!


Anda semua boleh baca sejarah kerajaan Turki di bawah pemerintahan beliau dengan lebih ditir.

Nauzubillahimin zalik.....
Semua ini adalah satu peringatan dan pengajaran kepada kita semua supaya menghormati dan mencintai mereka yang membawa kebenaran ajaran Islam dan jangan sewenang2nya kita hendak menghina mereka.Sebelum ia menjadi seumpama pemimpin Turki ini, kembalilah ke jalan Allah SWT, sebelum Malaikat Maut datang menjemput dan sebelum pintu taubat tertutup rapat. Dan sesungguhnya sesiapa yang melihat wajah ulama', Allah SWT menjanjikan pahala buat mereka.

Akhirnya, berfikirlah sebelum melemparkan kata2 nista buat orang yang membimbing, memperjuang dan menegakkan ajaran Islam....




2 comments:

dean said...

pjgnya entry..pnt bc

Al-Wardah said...

bc buku lg pnjg...ok apa bc ntry..apapun ilmu bknnya merepek :)