Ashraf gagal jadi Aleesha meninggal

Assalamualaikum...semua.
Semoga hari ini membawa seribu rahmat buat kita semua.

Wardah rasa ramai di antara kita mengikuti kisah pemuda ini, yang menguji sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia kerana beliau ingin menukarkan namanya daripada Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana di dalam MYkadnya setelah membuat pembedahan menukarkan jantinanya di Thailand dua tahun lalu dengan memfailkannya di mahkamah.

Wardah cukup terkejut apabila membaca berita mengenai kematian beliau melalui salah sebuah akhbar laman web. Beliau meninggal akibat serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. Sebelum ini ibunya menyatakan beliau berada di dalam kemurungan selepas permohonan yang difaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar nama wanita ditolak pada 18 Julai lalu. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba2Nya.

Sebenarnya Wardah cukup bersimpati dengan insan2 seperti beliau yang agak kurang pengetahuan agama tentang perkara ini. Harus diingatkan, sebagai seorang muslim kita tidak boleh melakukan perbuatan haram ini walaupun perlakuan diri seorang lelaki itu seperti seorang perempuan, kerana jantina tidak menafikan hak itu semua. Allah SWT Maha Mengetahui segala sesuatu...apa yang dijadikan oleh Allah SWT pasti ada hikmah di sebaliknya. Jangan sesekali kita mencabar kuasa Allah SWT kerana dengan kalimat 'Kun Fa Yakun' ~ jadilah, maka jadilah....segala apa yang dikehendaki olehNya.

Sekiranya masih ada lagi di luar sana yang berhasrat untuk menukar jantina dan kurang arif tentang hukum agama, janganlah segan2 merujuk golongan ulamak dan Insyaallah mereka boleh membimbing anda semua. Masalah yang berlaku ialah mereka tidak mahu mendekati golongan ini dan selesa mendekati golongan yang menyokong dan meredhai perbuatan mereka, sepatutnya mereka yang didekati oleh golongan ini perlu memberi nasihat yang baik yang boleh menuntun mereka kembali ke jalan Allah SWT. Setiap dari kita berkewajipan di dalam membetulkan sesuatu yang tidak betul mengenai urusan agama jika kita di kalangan orang2 yang mengetahuinya, jika tidak diam itu adalah lebih baik daripada menyampaikan sesuatu yang tidak benar.

Semoga apa yang berlaku kepada Allahyarham Mohd Ashraf memberi pengajaran dan iktibar buat kita semua. Dan Wardah mendoakan semoga beliau sempat bertaubat kepada Allah SWT sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Amin...

Berita terkini yang Wardah 'copy' dari sebuah akhbar laman web:

Ashraf gagal jadi Aleesha selamat dikebumikan

Ibu Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz atau lebih mesra dipanggil Aleesha yang meninggal dunia awal pagi tadi, terkilan anaknya itu tidak sempat mencuba baju kurung baru yang ditempah untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz transexual"Arwah tempah baju kurung itu dengan sepupunya dan minta sepupunya menjahit baju kurung Pahang dalam masa satu hari, dan baju itu sempat disiapkan dalam masa ditetapkan.

"Namun, dia tidak sempat untuk melakukan perincian labuci di baju tersebut dan memakai baju kurung warna merah hati itu," katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Yah, 51, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mohd Ashraf Hafiz, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Allahyarham yang mengalami kemurungan dikejarkan anggota keluarga ke ospital pada 3 pagi kelmarin setelah mengalami muntah teruk. Dia disahkan engalami masalah serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with ardiogenic shock' dan tekanan darah rendah.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, menimbulkan kontroversi apabila mengemukakan permohonan untuk menukar nama di dalam MyKad epada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti kempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Tak sempat

Bagaimanapun, pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan itu setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal duniaMenurut ibunya lagi, sebelum meninggal arwah anaknya selalu menyebut perkataan 'tidak sempat'.

"Arwah selalu menyebut perkataan tidak sempat nak berjumpa ahli keluarga, ak sempat nak raya, tidak sempat nak perbaharui lesen memandu dan tidak sempat memakai baju kurung yang baru ditempahnya," katanya.

Sementara itu ayah Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu dan menganggap mungkin itu yang terbaik untuk Allahyarham.

"Dia seorang anak yang baik, manja dan rapat dengan semua ahli keluarga. Semasa menghembuskan nafas terakhir, saya, ibunya dan dua adiknya ada di sisi," katanya.

Katanya bedah siasat di hospital itu mengambil masa kira-kira sejam setengah.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Seberang Takir 4.30 petang tadi dengan dihadiri sanak saudara dan rakan-rakannya.

Sebelum itu, solat jenazah diadakan di surau hospital HSNZ dan sekali lagi d Surau Haji Wan Muda, Seberang Takir.

- Bernama

Kita semua tidak tahu apa yang bakal berlaku di penghujung kalimah terakhir kita sebelum nyawa berpisah dari jasad...Jadi janganlah kita semua terpengaruh dek apa yang zahir ternampak oleh pancaindera kita untuk menilai seseorang sama ada dia baik atau tidak. Jadi marilah sama2 kita berdoa ke Hadrat Ilahi semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diterima olehNya.


Semoga roh Mohd Ashraf Hafiz dicucuri rahmat oleh Allah SWT...
~ Al-Fatihah ~

Dan...buat keluarga Allahyarham, semoga tabah menghadapi ujian dari Allah SWT ini.


Ingatan buat diri yang masih dalam kekurangan:

"Tuhanku aku tidak layak masuk SyurgaMu namun tak upaya menghadapi api nerakaMu.....Terimalah taubatku dan ampunkan dosa2ku.. Sesungghnya Engkau Maha Pengampun dosa2 besar".

2 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

  1. yeah,tol!
    Allah SWT Maha Mengetahui di atas segala sesuatu yg dijadikanNya dan kita sebagai hamba kena patuh dan taat kpd segala yg telah ditetapknNya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post