Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda

Hari ini tanggal 16 Mei 2013 adalah tarikh sambutan Hari Guru buat semua warga pendidik di Malaysia.
Di kesempatan ini ku ingin merakamkan ucapan "Selamat Hari Guru" buat semua insan yang bergelar Guru, Cikgu, Pendidik.....

Biasanya, banyak aktiviti yang akan diisi untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru di setiap sekolah.
Sempena Sambutan Hari Guru kat sekolah aku pada tahun ni ada jalankan aktiviti kayuhan santai....sejauh 38-40KM...perhhh....dah lama aku tak berkayuh..tapi jarak jauh, ni la first time aku join...
Sebenarnya seronok berkayuh ni....sambil menikmati keindahan alam semulajadi ciptaanNya..




Tapi yang syok lagi adalah....ada juga rintangan yang perlu dilalui seperti jalan yang tiada tar, licin....kebetulan sampai kawasan tersebut hujan selebat-lebatnya....memang 'adventure' tol hehe....baju putih pun dah bertukar warna :)


Inilah antara kelengkapan yang perlu ada untuk berkayuh :)

Bergambar sebelum memulakan kayuhan :)

Selain aktiviti Kayuhan Santai...ada juga pertandingan bowling...(aku kalah agaknya....time tu kepenatan, tak ada energy kerana sedang bertugas untuk Kem Nadwah Kefahaman Islam pelajar-pelajar dari SMKA Peringkat Kebangsaan)...ada juga pertandingan badminton...
Hmmm...esok ada perlawanan bola jaring...dah lama aku tak main ni hehe....dan macam biasa, adalah juga acara sukaneka....                              

Akhirnya....
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru buat kita cukup banyak...Tanpa guru, tak mungkin kita semua akan berjaya pada hari ini.
Apapun mendidik adalah tugas yang cukup mulia...aku enjoy jadi seorang pendidik :)






# Sebenarnya...kepenatan ni...balik sekolah dah kul 5 lebih...melatih pelajar untuk persembahan esok...
Jadi rasanya, cukuplah dulu catatan untuk kali ini...InsyaAllah ada ruang dan waktu pasti ku lakarkan lagi di sini ;)

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post