Potret Hati

Inginku meluahkan bingkisan dari hati menjadi sebuah lukisan qalbu, potret hati...

Hari ini insan yang pernah hadir dalam hidupku dalam beberapa tahun yang lalu akan melangsungkan hari bahagianya. Insan yang pernah ku ceritakan pada entry yang lalu kerana dia telah menambahkan lagi bilangan umat Islam di dunia ini. Insan ini pernah mengkisahkan cerita suka dan dukanya padaku...Namun setelah dia menemui cahaya hidup dan pendamping buat dirinya, maka diriku jua telah dilupakan...hilang dibawa angin lalu entah ke mana-mana.

Aku tidak kisah la, mungkin aku dikirim oleh Allah buat dia hanya sebagai tempat persinggahan sahaja, untuk membantu, memberi sokongan moral, menguatkan pegangannya.... Aku tahu dan aku sedar, aku tidak perlu mengharapkan apa-apa balasan atau penghargaan dari dia atau mereka yang pernah aku ambil berat. Tapi kerana cerita dengan dia adalah sesuatu yang istimewa, maka aku merasa diriku tidak patut diperlakukan sebegini...tanpa khabar berita, tanpa berjumpa denganku walau berkali-kali melafazkan janji untuk bertemu denganku. Begitu jua yang dialami oleh sahabat baiknya sendiri...di kala suka duka bersamanya. Kenapa manusia ini cukup pelik ya? Suatu masa sebelum berpunya dia cukup rapat dengan kita tetapi selepas itu, meninggalkan kita begitu sahaja seolah-oleh sampah yang tidak berharga. 
Sedih pilu rasanya, bila mengenangkan saat-saat indah bersama...suka dan duka...menjadi seorang 'umi' buat dia dan jua sebagai seorang sahabat....

Aku berbicara bisu di sini, bukan untuk mengeluh tetapi sekadar meluahkan rasa hati yang terbuku agar pemikiran menjadi lapang setelah dimuntahkan segala rasa....Mungkin diri ini sudah tiada dalam kamus hidup awak lagi....Aku kan mengerti, siapalah aku untuk dirimu ingati dan hargai...aku sebenarnya seorang guru yang biasa-biasa sahaja dan menjadi sahabat di kala dikau perlu.

Cukup sekadar ini....semoga Nurul Adne (nama ku beri...) dan pasangannya selamat melaksanakan upacara akad nikah pada hari ini dan semoga berkekalan hendaknya, InsyaAllah.


" Selamat Pengantin Baru! Semoga bahagia hingga ke Syurga "
"Maafkan umi kerana tidak dapat menghadiri majlis awak atas faktor jauh jarak antara kita sekarang...namun begitu, umi tetap mendoakan yang terbaik buat awak tanpa pengetahuan awak."



Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post