Checklist Amalan-amalan Sunat Jumaat As-Syarif


Selamat Sejahtera buat semua...

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari bagi umat Islam. Sewajarnya kita perlu mengimarahkan hari ini dengan pelbagai amalan yang disarankan oleh Islam agar kita dapat meningkatkan lagi keimanan terhadap Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, maksudnya:

" Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah SWT iaitu hari yang lebih besar daripada Hari Raya Aidil Adha dan Hari Raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang ijadikan Adam 'Alaihissalam dan Baginda diturunkan daripada Syurga ke muka bumi dan pada hari itu juga wafatnya Adam 'Alaihissalam dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat. "


🌷 Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW

🌷 Membaca Surah Al-Kahfi

🌷 Mandi sunat hari Jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat Jumaat

🌷 Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari Jumaat

🌷 Memperbanyakkan membaca Al-Quran

🌷 Memperbanyakkan amalan bersedekah

🌷 Memperbanyakkan amalan sunat

🌷 Memotong kuku

🌷 Memperbanyakkan zikrullah

🌷 Memakai pakaian sunnah

🌷 Memakai wangi-wangian

🌷 Hadir awal ke masjid







Jom! Kita sama-sama meningkatkan tabung amalan kita agar ianya menjadi saham yang besar untuk melayakkan kita memasuki seterusnya menghuni Syurga Allah SWT.

#sharingiscaring 😊😍😉



Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post